ARAU: Masa depan politik Khairy Jamaluddin disifatkan lebih cerah jika memilih menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tidak mustahil bakal menjadi pelapis mengetuai parti tersebut pada masa hadapan. Bekas Ahli Parlimen Rembau yang dipecat daripada UMNO pada 27 Januari lalu itu mungkin dilihat tidak ‘berharga’ bagi parti lamanya, namun Bersatu atau Perikatan Nasional (PN) melihat pemimpin muda tersebut sebagai aset cukup bernilai yang mampu membantu memberi lebih kekuatan kepada gabungan berkenaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Rusdi Omar berkata, jika dilihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya