Mangsa bunuh diri hamil empat bulan - Utusan Malaysia

Mangsa bunuh diri hamil empat bulan

MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pegawai perubatan yang tular susulan menggantung diri dalam sebuah bilik stor dekat rumahnya pada 5 Jun lalu disahkan hamil empat bulan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, laporan diterima daripada Pusat Kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) daerah ini kira-kira pukul 8.55 malam pada hari tersebut.

Menurutnya, pusat kawalan itu menerima makluman daripada Hospital Sungai Buloh apabila menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memberitahu isterinya menggantung diri di rumahnya.

“Mangsa dibawa ke Zon Merah Hospital Shah Alam oleh suaminya sendiri menaiki kereta dan usaha menyelamatkan mangsa dilakukan oleh petugas hospital tetapi gagal diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa doipercayai menggantung diri dekat sebuah bilik dekat bahagian atas rumah dua tingkat, dengan menggunakan kain selendang.

“Kain selendang diikat pada kipas dalam bilik tersebut. Turut ditemui adalah sebuah tangga yang dipercayai digunakan mangsa untuk naik ke atas,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal turut memaklumkan siasatan terhadap insiden itu masih berjalan dan tidak menolak faktor bunuh diri akibat daripada tekanan yang dihadapi mangsa.

“Hasil siasatan awal, mangsa adalah seorang perempuan berumur 32 tahun yang bekerja sebagai seorang doktor di sebuah Klinik Kesihatan. Siasatan lanjut di tempat kejadian dapati tiada sebarang kejadian pergelutan dan pemeriksaan awal tubuh badan mangsa tiada kecederaan fizikal lain. 

“Bedah siasat dijalankan pada 6 Jun 2023 di Hospital Shah Alam dan punca kematian adalah disebabkan sesak nafas.

Katanya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sementara siasatan diteruskan dan menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut supaya Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Sarjan Mejar Muhammad Shafawi Yaacob ditalian 03-55202222.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan seorang pegawai perubatan yang didakwa bertugas di Klinik Kesihatan (KK) Kapar dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat bunuh diri dekat rumahnya pada 5 Jun lalu.

Berita tersebut ditularkan seorang pengguna media sosial Twitter yang menggunakan akaun @maddieness apabila membuat ciapan dalam Bahasa Inggeris mengenai kejadian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya