SHAH ALAM: Mahasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memanfaatkan kenaikan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) yang diterima mereka baru-baru ini dengan merebut akses pendidikan lebih berkualiti. Mereka yang menerima biasiswa bagi pengajian di dalam dan luar negara perlu memastikan faedah tersebut digunakan dengan mendapatkan buku-buku rujukan dan bahan ilmiah tambahan sebagai akses kepada pendidikan tinggi lebih holistik serta berkualiti. Presiden Persatuan Pemimpin Belia Universiti Malaya (UM), Lim Shan Shien menyifatkan kenaikan ESH sebagai bantuan kepada mahasiswa berdepan peningkatan kos sara hidup. “Ini membolehkan mahasiswa sebagai pemimpin masa depan memanfaatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya