'Mampu hafaz 14 muka surat al-Quran sehari'

‘Mampu hafaz 14 muka surat al-Quran sehari’

SERAMAI 179 pelajar MRSM Ulul Albab yang menyertai Kem Hafazan Al-Quran pada cuti sekolah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mampu menghafal al-Quran hingga 14 muka surat sehari. Itu keupayaan antara 179 pelajar Maktab rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab yang menyertai Kem Hafazan Al-Quran pada cuti sekolah baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden Muafakat Majlis Amanah Rakyat (Mara) Malaysia, Norazman Kamarudin, program dianjurkan kali pertama Biro Ulul Albab Muafakat Mara Malaysia itu bertujuan memenuhi waktu cuti sekolah dengan pengisian berfokuskan kepada pengukuhan hafazan al-Quran.

Katanya, ini termasuk memenuhi silibus hafazan yang dirancang dalam kurikulum hafazan Mara dan perkongsian tip menghafal dan mengekalkan hafazan al-Quran.

“Kem Hafazan ini akan dijadikan program tahunan bagi menyokong usaha membangunkan generasi Ulul albab yang bukan sekadar melahirkan pelajar pintar dan cerdik, bahkan mempunyai latar belakang agama yang teguh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kem Hafazan al-Quran yang berlangsung pada 29 hingga 31 Mei lalu diadakan serentak di tiga lokasi iaitu Masjid Negara; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Jelutong Shah Alam dan Masjid Uniten, Bangi.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Juriah Alias yang turut hadir pada program itu berkata, pihaknya sangat menyokong usaha program sebegini terutama komitmen Badan Muafakat Mara Malaysia yang diwakili ibu bapa pelajar MRSM.

Beliau memberitahu, setiap tahun, Bahagian Pendidikan Menengah menyasarkan pelajar-pelajar program Ulul Albab berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran sepanjang sesi pengajian.

“Justeru, pelaksanaan program ini sedikit sebanyak membantu menjayakan usaha tersebut.

“Tahniah kepada semua peserta yang memberikan komitmen menghadiri program ini dan saya mendoakan agar semua pelajar berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk seperti yang dijadualkan dan turut meraih kecemerlangan dalam akademik seterusnya berjaya di masa akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya