MAINS guna wang kafarah sedia makan tengah hari pelajar RMT

MAINS guna wang kafarah sedia makan tengah hari pelajar RMT

SEBAHAGIAN murid SK Pasir Panjang, Port Dickson yang menerima bantuan makan tengah hari daripada pihak MAINS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memperuntukkan sebahagian daripada kutipan bayaran kafarah yang diterima untuk disalurkan bagi penyediaan makanan te­ngah hari buat murid-murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Ketua Penolong Pengarah ​Bahagian Mal, Jabatan Wakaf MAINS, Ahmad Naim Azlan berkata, sebagai permulaan sebanyak 50 buah sekolah di negeri ini akan terlibat dalam program berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM6 bagi setiap murid yang diberikan melalui pihak sekolah bagi penyediaan makan tengah hari berkenaan.

“Secara asasnya, bagi pe­nyaluran kafarah adalah wajib untuk memberi makan kepada orang miskin, oleh itu kami baru-baru ini sudah mencapai persetujuan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) untuk memberi makan tengah hari kepada murid-murid yang menerima RMT di sekolah-sekolah terpilih.

“Kami salurkan wang tersebut kepada pihak sekolah iaitu sebanyak RM6 bagi setiap murid-murid tersebut, isunya adalah sebelum ini murid-murid berkenaan mempunyai sesi sekolah pada waktu petang iaitu terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Jadi ada ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk membekalkan makanan dan belanja buat anak-anak mereka yang meneruskan sesi aktiviti sekolah pada waktu petang. Ada laporan yang kami terima sebelum ini, guru-guru terpaksa membeli biskut dan roti dan meminta pihak kantin untuk menaja minuman untuk murid-murid RMT ini mengalas perut pada waktu tengah hari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Jelas beliau, susulan itu, pihak MAINS tampil dengan inisiatif berkenaan apatah lagi murid-murid penerima RMT ini juga layak untuk menerima bantuan berkenaan dan selari de­ngan had kifayah fakir miskin di negeri ini.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN