Mahmood Zuhdi meninggal

Mahmood Zuhdi meninggal

ALLAHYARHAM MAHMOOD ZUHDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.20 malam tadi.

Perkhabaran duka itu dikongsikan pentadbir laman Facebook rasmi Allahyarham.

“Jenazah akan dimandikan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 pada pukul 9 pagi.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada pukul 11 pagi,” menurut laman Facebook itu.

Allahyarham Mahmood Zuhdi merupakan Pengerusi MDN sejak 2016 dan profesor emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan (1990–2012), Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan (1990–2012), Ahli Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (2006–2012).

Selain itu, beliau juga adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) (2004–2013), Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (2010–2016) dan Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam Malaysia (2012–2014).

Allahyarham juga menerbitkan beberapa buku syariah dan artikel sepanjang hayatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya