Logo Tahun Melawat Perlis 2024-2025 muktamad - Utusan Malaysia

Logo Tahun Melawat Perlis 2024-2025 muktamad

WAN BADARIAH WAN SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri tidak berhasrat menukar logo Tahun Melawat Perlis 2024-2025 kerana pemilihannya dilakukan secara profesional tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, juri-juri yang dilantik juga tidak menge­tahui siapa calon yang menyertai pertandingan itu kerana ha­nya nombor diberikan sebagai rujukan semasa logo berkenaan dinilai dan diadili.

Katanya, penilaian logo itu juga dilakukan oleh juri-juri berpengalaman membabitkan jurugambar profesional dan individu yang berkelayakan dalam bidang seni grafik.

Cuma kata beliau, penyer­taan bagi pertandingan itu mungkin tidak banyak namun pihaknya giat melakukan promosi sebelum ini sebagai hebahan kepada orang ramai.

“Pemilihan juri juga bukan­nya terdiri daripada orang biasa dan keputusan dibuat mereka adalah muktamad tanpa campur tangan daripada mana-mana Exco mahupun kerajaan negeri sendiri,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Logo Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang dipamerkan menerusi laman Facebook Tou­rism of Perlis Official sebelum ini mendapat kritikan ramai pihak termasuk Timbalan Pengerusi PKR negeri, Noor Amin Ahmad yang menyifatkan reka bentuknya kelihatan agak ‘cincai’ berbanding beberapa penyertaan lain.

Dalam pada itu, Wan Badariah berkata, promosi bagi pe­nganjuran Tahun Melawat Perlis juga telah mula menggunakan logo berkenaan menerusi penyediaan poster dan papan iklan.

“Kita juga telah menubuhkan seketariat dan akan bermesyuarat bersama bagi membincangkan secara lanjut mengenai promosi Tahun Melawat Perlis ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya