Lima anggota bomba terselamat, jentera FRT dinaiki terbabas - Utusan Malaysia

Lima anggota bomba terselamat, jentera FRT dinaiki terbabas

KEADAAN jentera FRT yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh, Kemaman, tengah hari tadi. UTUSAN/NIK NUR IZZATUR HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Cheneh berdepan detik cemas apabila jentera Fire Rescue Tender (FRT) yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh, di sini, tengah hari tadi. 

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. 

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, ketika kejadian, seramai lima anggota bomba tersebut sedang dalam perjalanan pulang ke Balai Bomba Cheneh selepas selesai melakukan pemeriksaan rutin di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu, Kijal, dekat sini. 

“Setibanya di lokasi kejadian, tiba-tiba jentera tersebut hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik di lereng bukit. 

“Bagaimanapun, syukur semua anggota terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini. 

Azman berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya