Lembu sado untuk ibadah korban - Utusan Malaysia

Lembu sado untuk ibadah korban

MUHAMMAD BAKRI Bukhari (berdiri) dan Rosyam Nor yang menaiki lembu sado bernama Abil di Felda Tembangau 2 di Bera, Pahang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang penternak lembu di Felda Tembangau 2 di sini, Muhammad Bakri Bukhari, 38, sudah menjual 25 ekor lembu sado yang nilai keseluruhannya berjumlah hampir RM500,000 untuk ibadah korban sejak 2018.

Generasi kedua tanah rancangan itu mula dikenali sebagai penternak apabila lembu sado miliknya seberat 1.2 tan dinamakan ‘Gemuk’ dinobatkan King of Sado 2022 dalam Himpunan Lembu Sado Pantai Timur 2022 di Pekan Jabi, Terengganu.

Muhammad Bakri mula aktif menternak lembu sado pada 2018 setelah melihat perbezaan ketara dari segi saiz dan jumlah daging lembu tempatan.

“Walaupun menternak lembu tempatan sudah dimulakan pada 2008 di kawasan ladang sawit milik keluarga tetapi menternak lembu sado lebih berbaloi.

“Anak yang dilahirkan mengikut baka dan boleh membesar sehingga 1.2 tan dalam usia empat tahun. Harganya boleh mencecah RM30,000 seekor,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, ketika ini terdapat 20 ekor lembu sado di ladang­nya yang berusia lebih 25 bulan sesuai untuk ibadah korban dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000 seekor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, syarikat itu membeli lembu sado milik penternak itu untuk ibadah korban.

Menurutnya, pada tahun ini, Ikhlas.com berhajat meneruskan ibadah korban dengan mendapatkan lembu terbaik di ladang milik Muhammad Bakri.

Sementara itu, pelakon ter­kenal tanah air, Datuk Rosyam Nor yang sudah lima tahun be­kerjasama dengan Ikhlas.com memuji pendekatan syarikat itu menarik lebih ramai pihak me­laksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya