Lemas ketika kutip bola golf

Lemas ketika kutip bola golf

ANGGOTA bomba dan penyelamat menemukan mangsa lemas di sebuah tasik di Starhill Golf and Country Club, Kempas Lama, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam tasik ketika sedang mengutip bola golf di Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, di sini, semalam.

Ketua Balai BBP Tebrau, Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Starhill Golf & Country Club di sini pada pukul 4.28 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dan Kempas serta sebuah utiliti Hicom dari Skudai ke lokasi kejadian.

“Susulan laporan diterima, seramai 18 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.  Kejadian membabitkan seorang mangsa yang terjatuh ke dalam tasik dan lemas pada pukul 3.50 petang. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang bekerja mengutip bola golf di kawasan tasik terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba membuat pencarian menggunakan teknik surface searching dalam radius tiga meter. 

“Mangsa ditemukan pada pukul 5.39 petang pada jarak tiga meter dari lokasi terakhir mangsa. Mangsa merupakan warga Nepal berusia 27 tahun dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada 6.15 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya