Lelaki pukul kepala pemandu wanita direman tiga hari - Utusan Malaysia

Lelaki pukul kepala pemandu wanita direman tiga hari

LELAKI yang mengasari seorang pemandu wanita dalam insiden berhampiran pusat rekreasi dekat Lata Iskandar dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah untuk perintah reman. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Lelaki yang dipercayai mengasari seorang pemandu wanita dalam insiden berhampiran pusat rekreasi dekat Lata Iskandar di sini semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Hanum Mohmad Shah di Mahkamah Majistret Tapah di sini.

Siti Hanum membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan reman lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sehingga Jumaat ini.

Reman terhadap lelaki itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki yang diiringi pegawai polis dan memakai baju lokap berwarna ungu itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tapah pada pukul 8.35 pagi.

Menerusi rakaman video tular berdurasi 59 saat, seorang lelaki dipercayai suspek dilihat turun dari kereta Proton Persona dan mengetuk cermin kereta dipandu mangsa.

Wanita itu yang menurunkan cermin keretanya untuk berbincang telah dimarahi oleh suspek dengan kata-kata kesat sebelum dia bertindak memukul kepala mangsa.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 5.33 petang ketika mangsa dan adik lelakinya berusia 17 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah.

Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya