Lelaki jalani perintah sekatan buang daerah maut kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki jalani perintah sekatan buang daerah maut kemalangan

KEADAAN mayat Muhammad Shukri Ramli yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 322.6, LPT2 selepas susur keluar Kerteh, Kemaman,  Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Hasrat seorang lelaki yang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Klang, Selangor untuk melarikan diri ke Setiu, dekat ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan  di Kilometer 322.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)  selepas susur keluar Kerteh di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi, Muhammad Shukri Ramli, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian tangan dan muka. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian mangsa yang sedang diburu polis menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai dalam perjalanan menuju ke Setiu untuk melarikan diri. 

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan serta merempuh besi penghadang lebuh raya. 

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. 

Hanyan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Hasil pemeriksaan turut menemukan peralatan menghisap dadah dan kita dapati mangsa merupakan PCO yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah pecah rumah, curi dan dadah,” katanya.  

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya