Lelaki hilang ketika menjala di lombong - Utusan Malaysia

Lelaki hilang ketika menjala di lombong

ANGGOTA bomba mencari lelaki yang dikhuatiri lemas di lombong di Jalan Bidor-Teluk Intan, Bidor hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas di lombong di Jalan Bidor-Teluk Intan, Bidor di sini hari ini.

Mangsa berusia lingkungan 40-an itu dipercayai sedang menjala ikan apabila tiba-tiba hilang dan gagal dikesan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat awam pada pukul 1.33 petang memaklumkan terdapat seorang lelaki hilang ketika menjala.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Difahamkan, mangsa berseorangan ketika turun menjala ikan di lombong berhampiran tapak pelupusan sampah itu.

“Operasi pencarian segera diaktifkan di mana anggota membuat carian di permukaan dan tebing lombong. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya