Lebuh raya sesak orang ramai pulang ke kampung

Lebuh raya sesak orang ramai pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALIRAN trafik lebuh raya di seluruh negara sesak apabila orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kesesakan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) setelah kira-kira 1.5 juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu untuk pulang dari Lembah Klang ke negeri-negeri Pantai Timur.

Keadaan itu menyebabkan aliran trafik perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak membabitkan laluan dari selepas Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Bentong dan Gombak ke Lentang.

Ada pengguna yang perlu menempuh perjalanan selama sembilan jam dari Kuala Lumpur ke Kelantan ekoran pertambahan kenderaan sejak pagi semalam.

Dalam pada itu, aliran trafik perlahan turut dilaporkan di beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dari Juru Auto City ke Kawasan Perusahaan Perai, Bukit Tambun ke Plaza Tol Juru, Padang Rengas ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, Terowong Menora ke R&R Sungai Perak, Ipoh ke Jelapang, Gopeng ke Simpang Pulai dan Tapah ke Gopeng.

Sebelum ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu bermula semalam iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya