PUTRAJAYA: Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan, laman sosial Facebook rasmi milik Datuk Seri Mohamad Sabu digodam kira-kira pukul 4.00 petang tadi.
Situasi itu menyebabkan laman sosial itu tidak dapat diakses oleh kesemua pentadbir akaun.
Dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, Pejabat Menteri itu kini sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook tersebut.
“Justeru, sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman tersebut selepas siaran ini dikeluarkan adalah bukan daripada menteri atau pentadbir yang sah,” katanya hari ini. – UTUSAN