Laluan Lingkaran Tengah Utama Kampung Orang Asli Sg.Chandan - Kampung Asap dibuka t

Laluan LTU Kampung Orang Asli Sg. Chandan – Kampung Asap dibuka tengah malam ini

WAN Rosdy Wan Ismail (enam dari kanan) dan Abdul Rahman Mohamad ( tujuh dari kanan) menyempurnakan gimik pembukaan laluan LTU Kg Orang Asli Sf Chandan ke Kg Asap hari ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Satu lagi Seksyen Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Central Spine Road (CSR) dari Kampung Orang Asli Sg. Chandan ke Kampung Asap dibuka pukul 12.01 tengah  malam ini sekali gus menjimatkan masa,  pengguna, kos bahan api serta mengurangkan kesesakan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dengan pembukaan laluan itu, pengguna yang berulang-alik ke Pantai Timur tidak perlu melalui bandar Bentong dan bandar Raub terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti umum.

Katanya, perasmian pembukaan Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sg. Chandan Ke Kampung Asap sepanjang 16 kilometer (km) dan sebahagian Seksyen 5A (Persimpangan Krau,
Raub) sepanjang 600 meter disempurnakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

” Sebelum ini, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur dan Bentong perlu melalui Jalan Laluan Persekutuan 8 (Lebuhraya Kuala Lumpur-Gua musang) ke Bandar Raub yang
mengambil masa lebih 45 minit dengan jarak perjalanan melebihi 30 km,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap serta Pembukaan Jalan Lingkaran Tengah Utama Seksyen 5B: Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap dan Sebahagian Seksyen 5A: Persimpangan Krau, Raub hari ini.

Abdul Rahman berkata, dengansiapnya Lebuhraya LTU Pakej 5B dan Pakej 5A (Persimpangan Krau), ia akan memendekkan perjalanan dari Simpang Keruntung ke Simpang Krau dengan jarakperjalanan hanya 18.6 km yang mengambil masa 15 minit.

Menurutnya,  secara umumnya, projek LTU adalah pembinaan jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang hampir 298.4 km dari Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Bentong, Pahang melibatkan kos RM7.7 bilion.

Katanya,, jajaran LTU di Pahang melibatkan empat pakej utama iaitu Pakej 3 sehingga Pakej 6 sepanjang 169.10 km dan dipecahkan kepada 16 seksyen.

“Status bagi 16 seksyen tersebut ialah 7 projek sedang dalam pembinaan dan 9 projek telah siap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya