Kutuk Madhuri, Kunal dikecam teruk - Utusan Malaysia

Kutuk Madhuri, Kunal dikecam teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON The Big Bang Theory, Kunal Nayyar, 42, menerima kecaman hebat gara-gara kenyataannya yang menyifatkan bintang berpengaruh Bollywood, Madhuri Dixit Nene sebagai pelacur berpenyakit kusta.

Kenyataan dangkalnya itu telah menc­etuskan api kema­rahan peminat bintang tersohor itu terma­suk pengana­lisis politik India, Mithun Vijay Kumar yang mendesak agar tindakan keras dikenakan kepada pelawak berkenaan.

“Sebagai peminat Madhuri, saya terkesan dan terkilan dengan kenyataan dangkal yang bukan sahaja menghina pelakon tersebut malah, budaya dan wanita India secara amnya.

“Saya telah menga­rahkan peguam yang dilantik menyer­ahkan saman untuk mendesak Netflix agar menarik salah satu episod The Big Bang Theory yang mengandungi dialog berkenaan.

“Saya berharap Netflix India me­mandang perkara ini dengan serius,” katanya menerusi Twitter baru-baru ini.

Kunal yang melakonkan watak Raj Koothrapali dalam The Big Bang Theory menggelar Madhuri sebagai pelacur berpenyakit kusta sebagai reaksi terhadap Jim Parsons (lakonan Sheldon Cooper) yang membuat perbandingan antara pelakon berkenaan dengan bintang ternama, Aishwarya Rai Bachan dalam salah satu episod rancangan terbabit.

Madhuri bagaimanapun sehingga ke hari ini mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak membalas dialog yang diucapkan Kunal itu.

Kenyataan berkenaan turut mendapat reaksi bintang Bollywood lain antaranya pelakon bertaraf legenda yang juga ibu mertua Rai, Jaya Bachan.

Bachan, ketika diminta mengulas isu tersebut meluahkan kemarahan dan mendesak agar Kunal menjalani pemeriksaan bagi menge­nalpasti tahap kewarasannya.

“Adakah dia ini (Kunal) gila? Dia perlu dihantar ke hospital sakit jiwa. Keluarganya patut disoal tentang komennya itu,” katanya kepada Times of India.
Sementara itu, pelakon, Urmila Matondkar turut menyelar pelakon berasal dari United Kingdom itu kerana kenyataan berkenaan.

“Saya tidak tahu menahu tentang episod tersebut justeru saya tidak seharusnya memberi sebarang komen.

“Bagaimanapun, sekiranya benar, ia sudah melampaui batas dan menampakkan tahap mentaliti murahan. Adakah mereka ingat ia melucukan?” selarnya.

Dalam masa sama, pelakon Dia Mirza tidak ketinggalan memberikan reaksi terhadap situasi berkenaan.

“Ia menghina dan sangat tidak berpatutan,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Netflix dilaporkan telah mengambil maklum terhadap surat aduan yang diserahkan peguam Mithun berkenaan perkara itu.

Selain memaklumkan isu tersebut kepada penerbit rancangan itu, Netflix turut memanjang aduan berkenaan kepada pemegang lesen The Big Bang Theory, Warner Bros.

Big Bang Theory merupakan antara sitkom popular yang ditayangkan semula di platform terbabit. Ia turut menampilkan Johnya Galecki, Simon Helberg, Kaley Cuoco, Melissa Rauch, Mayim Bialik dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya