KUIPs menandatangani MoU dengan Al-Nidaa - Utusan Malaysia

KUIPs menandatangani MoU dengan Al-Nidaa

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) menyaksikan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia (Al-Nidaa) di Galeri Diraja Arau, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia (Al-Nidaa) di Galeri Diraja Arau, semalam.

Rektornya, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle menandatangani bagi pihak KUIPs manakala Pengerusi pertubuhan berkenaan, uztaz Shofwan Badrie Ahmad Badrie mewakili Al-Nidaa.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan majlis bersejarah tersebut.

Memorandum persefahaman ini merangkumi hubungan strategik dan kerjasama di antara kedua pihak seperti latihan, seminar dan kursus, perkongsian kepakaran dalam bidang pendidikan serta pelbagai kerjasama lain atas persetujuan pihak KUIPs dan juga Al-Nidaa.

Keistimewaan khas mungkin akan diberikan buat warga Al-Nidaa sama ada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau juga buat warga pendidik yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang-bidang yang ditawarkan di KUIPs.

Baginda merangkap Canselor KUIPs dan juga Penaung Al-Nidaa penuh yakin bahawa warga kepimpinan institusi pendidikan Al-Nidaa akan terus menitikberatkan elemen pembelajaran berteraskan sumber yang sahih serta terus konsisten atau istiqamah dalam menerapkan pemahaman khususnya kepada para pelajar sesuai dengan slogannya iaitu ‘seruan ke arah memartabatkan al-Quran dan sunnah.

Baginda turut yakin penekanan kepada pegangan sunnah yang sahih dan menjauhi amalan syirik dan khurafat akan menghasilkan kesan positif kepada masyarakat pada depan.

Ini juga mengambil semangat daripada tema Program Perkampungan Sunnah baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh 70 orang pelajar tingkatan empat Al-Nidaa dari Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin, Teluk Intan; Mutiara Integrated Secondary School, Hulu Langat; dan Maahad Tahfiz Mutiara, Kerteh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya