KPKT bina PPR baharu di mukim Pantai, Seremban - Utusan Malaysia

KPKT bina PPR baharu di mukim Pantai, Seremban

AMINUDDIN Harun (tiga dari kiri) bersama Nga Kor Ming (dua dari kiri) menyerahkan surat tawaran pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Rakyat (PPR) Ladang Tanah Merah di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebuah projek Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di tanah seluas 18.5 hektar di Mukim Pantai, Seremban membabitkan 700 unit rumah berkonsepkan kondominium.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, projek menerusi peruntukan sebanyak RM150 juta itu dijangka akan mula dibina pada hujung tahun ini di atas tanah milik kerajaan negeri.

“Projek PPR Mukim Pantai merupakan yang terbesar di Negeri Sembilan ini akan berkonsepkan kondominium persekitaran hijau dengan harga RM45,000 seunit.

“Ia akan dibina pada hujung tahun ini yang mana saya melihat lokasi ini berpotensi dan cukup luas untuk dibangunkan dan mempunyai green lungs semula jadi sebagai kawasan riadah. Pembinaan PPR tersebut hanya 13 kilometer (km) sahaja dari pusat bandar Seremban. 

“Saya juga yakin Mukim Pantai bukanlah satu-satunya lokasi PPR yang dijanjikan oleh kerajaan Negeri Sembilan, kalau ada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan datang lagi. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah keakraban dan kemesraan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan menguntungkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Program Perumahan Rakyat (PPR) Ladang Tanah Merah (Desa Tanjung) di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. 

Dalam majlis tersebut, seramai 94 orang pemohon telah berjaya ditawarkan pemilikan rumah secara skim Sewa Untuk Milik (RTO) di PPR Ladang Tanah Merah di sini.

Ia dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM20 juta melibatkan 100 unit rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi termasuk satu unit rumah orang kurang upaya (OKU), dewan serbaguna, surau, medan selera, dan tadika untuk kemudahan penduduk.

Baki unit akan dibuat pengisian secara berperingkat dalam tempoh terdekat yang mana PPR Desa Tanjung merupakan empat buah projek PPR yang telah dibangunkan di Negeri Sembilan oleh KPKT selain PPR Senawang, PPR Ladang Siliau dan PPR Rantau. 

Lebih istimewa, ia merupakan projek PPR kepada komuniti estet di kawasan sekitar.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya