KKM nafi keluar notis pemeriksaan alat kelamin siswa lelaki IPT di Perak - Utusan Malaysia

KKM nafi keluar notis pemeriksaan alat kelamin siswa lelaki IPT di Perak

NOTIS tular di media sosial berkaitan pemeriksaan alat kelamin siswa lelaki di Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan ada mengeluarkan notis berkaitan pemeriksaan alat kelamin siswa lelaki di semua institut pengajian tinggi (IPT) di Perak.

KKM menerusi ciapannya di Twitter berkata, edaran yang tular di media sosial itu adalah palsu dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan itu. Untuk makluman, KKM juga tidak mempunyai Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang tertera dalam notis tersebut,” katanya.

Dalam ciapan sama, KKM menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah.

Menurutnya, maklumat seumpama itu boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum disebarkan,” katanya.

Terdahulu, satu notis edaran tular di media sosial yang menyatakan KKM Perak akan menjalankan pemeriksaan wajib alat kelamin siswa lelaki yang melanjutkan pelajaran di IPT awam dan swasta di negeri ini.

Edaran itu memaklumkan, pemeriksaan tersebut dilakukan bagi membasmi penyakit alat kelamin akibat wabak Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang sedang melanda negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya