Khutbah haji dialih kepada 14 bahasa - Utusan Malaysia

Khutbah haji dialih kepada 14 bahasa

WUKUF hari Arafah dan doa mustajab khusus untuk jemaah haji yang berada di tanah suci manakala kita di sini disunatkan berpuasa dan turut berdoa kepada Allah SWT. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Khutbah haji akan dialih ke dalam 14 bahasa termasuk bahasa Melayu bagi memberi manfaat kepada umat Islam yang akan disampaikan oleh khatib Masjid Namirah di Arafah pada hari wukuf.

Ia merupakan penambahan kepada empat bahasa berbanding tahun lalu.

Khutbah itu akan dialih ke Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Russia, Mandarin, Bengali, Turkiye, Hausa, Sepa­nyol, Tamil dan Swahili.

Ia akan dilakukan se­rentak dengan khutbah yang bakal disampaikan pada hari wukuf.

Menurut laman web [email protected], inisiatif tersebut merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi.

Seramai tiga juta umat Islam dijangka berwukuf di Arafah pada tahun ini dengan sebahagiannya merupakan jemaah haji Malaysia seramai 31,600 orang.

Ketika Arafah, cuaca dijangka panas hingga mencecah 50 darjah Celsius dan jemaah dinasihatkan supaya meminum air secukupnya dan tidak berada di bawah terik matahari terlalu lama bagi menjaga kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN