Khairy sertai PN terjawab minggu depan? - Utusan Malaysia

Khairy sertai PN terjawab minggu depan?

MUHYIDDIN Yassin serta barisan pemimpin PN Pulau Pinang pada majlis Konvensyen dan Pelancaran Jenteran PN Negeri Pulau Pinang di George Town, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Teka-teki mengenai sama ada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan menyertai Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya mungkin akan terjawab minggu depan.

Ia susulan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan `rombongan’ Khairy akan berjumpa dengan beliau minggu depan.

“Saya sudah tetapkan tarikh dan delegasi (rombongan) Khairy akan jumpa saya minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Muhyiddin ditanya sama ada Khairy sudah memutuskan untuk menyertai PN terutama menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Tawaran itu dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini memaklumkan, Khairy sehingga kini masih belum memuktamadkan keputusannya untuk bersama PN.

Kemungkinan Khairy menyertai PN itu juga bagaimanapun kembali menjadi tanda-tanya apabila bekas Menteri Kesihatan itu dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ahli ekonomi dan pakar industri semalam bagi membincangkan hala tuju ekonomi negara.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dalam perjumpaan bersama Anwar tersebut yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau berharap Khairy akan membuat keputusan menyertai PN, namun menyerahkan keputusan tersebut sepenuhnya kepada Khairy.

“Kita yakin dia cukup bijak dan cerdik untuk membuat keputusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya