Ketua Polis SPS baharu tekad banteras jenayah, perangi dadah habis-habisan - Utusan Malaysia

Ketua Polis SPS baharu tekad banteras jenayah, perangi dadah habis-habisan

RAHIMI Mohd. Ra'ais (tengah) bersama Ng Ah Thiam (kanan) dan Lee Chong Chern pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah SPS di IPD SPS, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Bersedia untuk membanteras kegiatan jenayah daripada terus berleluasa selain memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah secara habis-habisan.

Itu visi dan misi Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang baharu, Superintenden Ng Ah Thiam selepas dilantik memegang jawatan itu bagi menggantikan Superintenden Lee Chong Chern yang akan menamatkan perkhidmatannya 2 Julai ini.

NG AH THIAM

Ah Thiam berkata, beliau juga mahu memastikan mana-mana anasir jahat yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam dapat dibendung lebih awal.

“Saya berharap akan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak selepas ini terutamanya daripada kalangan masyarakat dan penduduk SPS dalam menjayakan visi dan misi ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau dan Chong Chern menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah SPS di ibu pejabat polis daerah (IPD) SPS yang turut disaksikan oleh pemangku Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais.

Ah Thiam, 59, yang juga anak jati Sungai Bakap di sini sebelum ini pernah dua kali bertugas di Pulau Pinang iaitu sebagai Ketua Bahagian Narkotik di IPD Barat Daya kira-kira 10 tahun lalu dan Pegawai Turus Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dua tahun kemudian.

Jawatan terakhir beliau sebelum ditukarkan ke IPD SPS ialah sebagai Ketua Unit Pelucuthakan harta di JSJN Bukit Aman.

Dalam pada itu, Chong Chern yang memegang jawatan Ketua Polis Daerah SPS sejak lebih tiga tahun lalu berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat sebagai anggota polis selama hampir 38 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya