Kertas Putih Kesihatan: Kadar fi untuk B40 perlu dikecualikan

Kertas Putih Kesihatan: Kadar fi untuk B40 perlu dikecualikan – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Golongan B40 perlu dikecualikan daripada kenaikan kadar fi yang dicadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laporan Kertas Putih.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, tekanan beban kewangan yang melanda mereka menyebabkan golongan berkenaan jatuh miskin, sekali gus kenaikan tersebut harus dikaji semula.

“Kerajaan boleh mengecualikan kadar kenaikan fi kepada golongan B40, kerana ramai yang tergolong dalam B40 jatuh miskin. Beberapa kajian yang dikeluarkan seperti Merdeka Centre, majoriti rakyat Malaysia mempunyai kewangan yang lebih teruk berbanding tahun lalu dan ini tidak terhad kepada golongan B40.

“Saya minta ia ditangguh dulu..,” katanya ketika membahaskan laporan Kertas Putih yang dibentangkan menterinya, Dr. Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat, hari ini.

Muhyiddin turut meminta kerajaan memperincikan masa depan doktor kontrak sama ada ia selaras dengan pembangunan reformasi kesihatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya