Kerjasama PRN: DAP hanya dengar komitmen Pengerusi BN

Kerjasama PRN: DAP hanya dengar komitmen Pengerusi BN

ANTHONY Loke pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: DAP hanya mengambil kira komitmen dan pandangan kerjasama daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak mengambil kira pandangan lain selain daripada pemimpin tertinggi parti itu.

“Saya dengar komitmen daripada Ahmad Zahid sudah cukup baik, jadi pandangan lain itu kita tidak ambil kiralah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3, Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa yang menggesa MCA supaya tidak terlibat dalam PRN bagi memberi pengajaran kepada calon BN yang kini angkuh selepas ‘berkawan’ dengan DAP.

Wa dilaporkan berkata, gesaan itu dibuat susulan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menggelar MCA dan MIC sebagai ‘biawak hidup’ kerana tidak menyumbang kepada prestasi BN pada pilihan raya lalu.

Sementara itu, Loke berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai kenyataan dibuat Setiausaha Agung Pemuda MCA itu.

“Itu (pandangan) terpulang kepada beliau, saya tidak mahu komen. Itu pemuda MCA sahaja dan mereka bukan mewakili BN pun,” katanya.

Sebelum ini, Wa dilaporkan berkata, beliau turut menggesa MCA supaya tidak meletakkan calon pada PRN akan datang atau membantu calon BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN