Kerjasama Mahathir tidak bantu tambah nilai kekuatan PN - Utusan Malaysia

Kerjasama Mahathir tidak bantu tambah nilai kekuatan PN

MUHAMMAD IZMER YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kesediaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat tidak memberi sebarang tambah nilai atau membantu menguatkan gabungan berkenaan.

Hal demikian kerana, PN ketika ini sudah kuat khususnya di kawasan-kawasan majoriti Melayu sedangkan pengaruh Dr. Mahathir dilihat semakin pudar berbanding pada 2018 lalu selain parti yang diketuainya iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) juga tewas semua kerusi termasuk calonnya hilang wang deposit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemerhati politik yang juga pensyarah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berkata, PN antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas pada masa ini sudah cukup kukuh serta menjadi wadah orang Melayu.

Bagaimanapun katanya, jika kerjasama itu semata-mata untuk kepentingan Melayu Islam tidak menjadi masalah, namun bagi mendapatkan kerusi bagi bertanding di dalam pilihan raya ia bukan satu pilihan yang baik.

“Era dan pengaruh Dr. Mahathir dilihat sudah digunakan secara maksimum pada 2018 dan sekarang saya tidak lihat ia masih berkesan.

“PRU15 menyaksikan Pejuang kalah teruk, malah Dr. Mahathir sendiri kalah di kubu kuatnya (Langkawi). Kalau masih ada sedikit pengaruh sudah pastinya menang di beberapa kerusi di Kedah khususnya Langkawi,” katanya.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, Muhyiddin sedia bekerjasama dengan Dr. Mahathir demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam..

Dr. Mahathir juga dilaporkan mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Mengulas lanjut, Muhammad Izmer berkata, PN ketika ini sudah selesa khususnya di negeri-negeri majoriti Melayu dan masih mampu mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“PN pada masa ini hanya perlu mencari kekuatan di negeri-negeri majoriti bukan Melayu khususnya di kawasan-kawasan bandar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya