Kerajaan tidak berlaku zalim kepada negeri pembangkang

Kerajaan tidak berlaku zalim kepada negeri pembangkang

ANWAR Ibrahim (tengah) disambut Ahmad Yakob (dua, kanan) di pekarangan Masjid At-Taqwa Alor Pasir, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku zalim dan menafikan hak rakyat dalam menyalurkan bantuan kepada negeri pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun berbeza politik tetapi rundingan dan perbincangan diadakan untuk salurkan pelbagai peruntukkan kepada Kelantan.

“Saya jadi PM (Perdana Menteri) saya tidak mahu zalim, nafikan hak, saya tak mahu menyeksa orang, fitnah orang dan buat tuduhan palsu sumbat dalam penjara, saya telah lalui semua itu.

“Sekarang ini runding molek-molek (berbincang) apa yang boleh diselesaikan kita selesaikan, jangan membebankan rakyat,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan YAB Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Jelasnya lagi, dalam tempoh tujuh bulan menjadi Perdana Menteri, ini peruntukkan paling besar disalurkan kepada masjid apabila menyalurkan dana sebanyak RM7.76 juta untuk menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir.

Katanya lagi, Kelantan negeri yang menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan Madani yang turut dinikmati negeri pembangkang lain antaranya Kedah.

“Contohnya di Kelantan, isu bekalan air serta banjir turut diutamakan kerana ia membabitkan rakyat.

“Peruntukan sejumlah RM103,863,258 turut disalurkan kepada golongan imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya