Kerajaan teliti syor beri vaksin kepada murid 

PARLIMEN: Kerajaan teliti syor beri vaksin kepada murid 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Cadangan melaksanakan pemberian vaksin di sekolah akan diteliti dan dibincangkan secara lanjut bersama Kementerian Pendidikan. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, cadangan itu dilihat mampu meningkatkan kembali peratusan yang begitu rendah untuk dos penggalak bagi kanak-kanak berumur lima ke 11 tahun, iaitu hanya 0.2 peratus, sekali gus menyebabkan pembaziran sehingga 8.5 juta dos vaksin. 

“Jika lihat trend proses vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), golongan dewasa sudah mencapai 98.4 peratus, dos penggalak 3.5 peratus untuk golongan dewasa, untuk yang berumur 15 ke 18 tahun dan  916 peratus primer. Namun dos penggalak turun kepada dua peratus. Bagi kanak-kanak berumur lima ke 11 tahun, dos primer 45.3 peratus, ia masih di tahap memuaskan, namun dos penggalak hanya 0.2 peratus.

“Mungkin ada kesilapan daripada kementerian dengan memberikan dos penggalak di pusat beli-belah dan kita akan menilai cadangan tersebut dan pergiat vaksinasi di sekolah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Cha Kee Chin (PH-Rasah) sama ada KKM bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan pemberian vaksin kepada murid-murid di sekolah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya