Kerajaan Selangor didesak tidak ganggu peneroka 1,719 hektar tanah - Utusan Malaysia

Kerajaan Selangor didesak tidak ganggu peneroka 1,719 hektar tanah

Peneroka Selango
NOH Omar bersama peneroka bergambar dekat laluan masuk ke sebahagian daripada 1,719 hektar selepas menghadiri Dialog Bantahan Pengambilan Tanah di Kampung Seri Makmur di Kuala Selangor, Selangor hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor didesak tidak mengganggu lebih 500 peneroka tanah pertanian dari lima buah kampung di mukim Bestari Jaya di sini yang kini berdepan isu pengambilan tanah di kawasan itu.

Gesaan itu berikutan mereka mendakwa kira-kira 120 daripada 1,719 hektar tanah yang ditanam kelapa sawit sejak 40 tahun lalu sudah ditebang oleh syarikat pelombong sekali gus menjejaskan pendapatan mereka yang menjalankan aktiviti pertanian.

Wakil peneroka, Mohd. Fadzil Ibrahim, 70, berkata kawasan berkenaan diterokai penduduk setempat sejak era 80-an dan menjadi sumber pendapatan utama pendapatan golongan miskin selama tiga generasi.

“Kami selama ini hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber pertanian dan ternakan namun hak itu kini seolah-olah dinafikan selepas lebih 50 tahun lalu.

“Justeru, kami mendesak kerajaan negeri tidak berterusan mengganggu peneroka sekali gus menabur pasir dan menutup periuk nasi peneroka miskin di kawasan ini,” katanya selepas program Dialog Bantahan Pengambilan Tanah di Kampung Seri Makmur di sini, hari ini.

Program yang disertai lebih 200 peneroka itu turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang menegaskan Kerajaan Perpaduan sepatutnya mengutamakan pembelaan rakyat dan bukannya bertindak mengambil alih tanah peneroka yang dibebani kos sara hidup tinggi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan lebih 500 peneroka terutama warga emas yang mengusahakan sektor pertanian atas tapak seluas kira-kira 1,719 hektar di daerah ini gusar kehilangan sumber pendapatan selepas tanah itu diambil semula kerajaan negeri.

Kesemua tanah itu melibatkan ribuan lot di Kampung Bestari Jaya, Raja Musa, Seri Makmur, Basfic Tin dan Taman Tennamaram diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu bagi tanaman kelapa sawit, sayuran, penternakan ikan dan ayam.

Tanah itu didakwa diambil semula tanpa sebarang notis bagi perlombongan pasir walaupun peneroka memaklumkan mereka sudah mengusahakannya sejak awal 1980-an dan mendapat Lesen Menduduki Sementara (TOL) pada 2003.

Dalam pada itu, peneroka, Amir Ali, 43, berkata pendapatan keluarganya bergantung kepada hasil tanaman sayur di kawasan seluas dua hektar di Kampung Seri Makmur.

“Saya mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti timun, kacang panjang, terung dan bendi lebih 18 tahun lalu.

“Jika kerajaan negeri mengarahkan kami mengosongkan tanah itu, bagaimana nasib kami sekeluarga yang bergantung kepada purata pendapatan RM4,000 sebulan selama ini,” ujar bapa kepada tujuh anak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya