Kerajaan sedia kaji sekatan konsert hiburan di universiti

Kerajaan sedia kaji sekatan konsert hiburan di universiti

ANWAR Ibrahim semasa berucap pada Program 'Temu Anwar Kelantan' di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan sedia mengkaji dan membuat pertimbangan sewajarnya berkait kebenaran menganjurkan konsert hiburan dalam kampus universiti bagi memberi keadilan kepada mahasiswa beraktiviti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penelitian sedang dibuat terhadap arahan yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung sekatan berkait, susulan tular satu konsert yang dianjurkan salah sebuah universiti yang mendapat kritikan umum.

Menurutnya, ia akan dibincangkan secara terperinci dengan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam tempoh terdekat bagi memberi ruang kepada seni budaya dan warisan tidak terhalang untuk dipentaskan.

“Kena tengok juga jenis konsert, pengisian dan tata cara kelolaannya yang tidak melampaui batas, ada tertib dan bersopan. Tidak salah untuk berhibur tapi jangan berlebihan.

“Harus juga dipantau bagi menjaga integriti pusat ilmu. Namun menyekat konsert secara menyeluruh akan memberi impak kepada kesenian yang lain untuk dikembangkan,” katanya ketika berucap pada Program ‘Temu Anwar Kelantan’ di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan seorang mahasiswa berkait arahan yang baharu dikeluarkan KPT.

Menurutnya, kebebasan apresiasi seni budaya masih diperlukan, prinsip penganjuran konsert perlu diteliti di peringkat pengurusan universiti dan arahan seharusnya tidak terlalu ketat.

“Kita longgarkan sedikit untuk acara kebudayaan selain memastikan adab dan akhlak penonton dapat dikawal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya