Kerajaan perlu kawal produk berasaskan bahan kimia

Kerajaan perlu kawal produk berasaskan bahan kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah bagi mengelak isu keracunan metanol membabitkan 20 pelajar di Sabah, baru-baru ini.

PRN menerusi kenyataan berkata, kawalan itu termasuk pendaftaran produk, perakuan isi kandungan serta label sebagai satu langkah melindungi rakyat daripada bahaya bahan kimia.

Menurutnya, langkah itu sudah pun dilaksanakan di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

“PRN memandang serius insiden keracunan itu selepas mereka mengambil minuman berkarbonat yang dicampurkan dengan cecair yang dilabel sebagai ‘spirit’ tetapi sebenarnya mengandungi metanol.

“Spirit kebiasaannya merujuk kepada sejenis minuman keras yang mengandungi etil alkohol atau etanol, malah ia juga digunakan untuk merujuk kepada bahan pelarut yang mungkin mengandungi pelbagai bahan aktif berbeza.

“Dalam insiden itu, penggunaan terma ‘spirit’ tanpa label bahan yang jelas adalah sangat mengelirukan dan lebih malang lagi ia mengandungi bahan kimia yang sangat toksik iaitu metanol,” katanya.

Jelasnya, metanol boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius termasuk buta, kerosakan organ dalam badan, dan risiko kematian.

Justeru, katanya, pengenalpastian bahan adalah sangat penting dalam rawatan kes keracunan dan kesilapan dalam pelabelan seperti ini adalah sangat berbahaya dan menyulitkan proses rawatan kepada pesakit.

“insiden ini seharusnya membuka mata semua pihak tentang kepentingan pelabelan yang tepat termasuk untuk produk bahan-bahan kimia yang digunakan di rumah.

“Pengilang perlu bertanggungjawab dalam melabelkan produk mereka dengan tepat dan jelas untuk memastikan keselamatan pengguna,” katanya.

Pada 6 Jun lalu, 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Pitas dikejarkan ke hospital akibat keracunan metanol, namun kesemua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun itu dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan HQE II. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya