Kerajaan negeri tanggung implikasi kewangan jika henti projek kuari

Kerajaan negeri tanggung implikasi kewangan jika henti projek kuari

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan pemberhentian projek kuari batu kapur di Baling berkemungkinan akan mengakibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan negeri.

Kata beliau, kerajaan negeri di bawah pentadbirannya tidak terlibat dalam pemberian lesen kepada pihak terbabit yang dilaksanakan sejak 1997.

“Itu bukan kelulusan baharu. Itu kelulusan tahun 1997, ia akan ada kesan daripada segi undang-undang kerana apabila kelulusan sudah diberikan, mereka pun sudah mula buat dan keluarkan modal, tiba-tiba batal.

“Dulu saya ada pengalaman di Singkir, Yan, ada satu kuari hendak dibatalkan, RM40 juta kena bayar. Jadi kerajaan negeri tak ada duit, kita minta mereka buat langkah-langkah pencegahan banjir di kawasan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Khemah, Meja dan Kerusi kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang bantahan penduduk Kampung Sungai Limau dan Kampung Padang Che Mas di Baling, baru-baru ini mengenai projek kuari batu kapur di Gunung Pulai dan Gunung Baling yang disifatkan menggugat kelestarian ekosistem di kawasan tersebut.

Penduduk mendesak, projek berkenaan yang kini dihentikan sementara waktu dibatalkan sepenuhnya dengan segera.

Tambah Muhammad Sanusi, kerajaan negeri mengambil maklum tentang bantahan dan keluhan penduduk tersebut dengan melaksanakan langkah tertentu bagi memastikan aktiviti terlibat tidak menjejaskan ekosistem dan kehidupan penduduk.

“(Perkara itu) sedang diuruskan oleh kerajaan negeri, suara penduduk memang didengari,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya