Keputusan cerai Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, 27 Julai - Utusan Malaysia

Keputusan cerai Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, 27 Julai

NURUL Shuhada Mat Shukri (kiri) diiringi peguamnya Norfarhana Abd. Manaf beredar daripada Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Shah Alam, Selangor selepas selesai prosiding hari ini. UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah menetapkan tarikh keputusan pengesahan perceraian pelakon, Muhammad Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 27 Julai.

Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin turut menetapkan tarikh 13 Julai bagi peguam yang mewakili Hafidz Roshdi, 29, dan Nurul Shuhada, 29, memfailkan hujahan bertulis dan afidavit balasan kepada mahkamah.

Muhamad Hafidz sebagai plaintif dalam keterangan pada mahkamah menafikan dia melafazkan cerai pada 22 Januari lalu melalui mesej dalam aplikasi telefon pintar adik bongsunya ketika disoal Siti Rahmah dan Peguam Syarie Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Nurul Shuhada.

Beliau ketika ditanya Nurfarhana mengenai identiti individu yang menghantar mesej tersebut, menjawab tidak mengetahui siapa yang menulis mesej berkenaan.

Bagaimanapun, Nurul Shuhada selaku defendan mempertahankan kenyataan bahawa Muhammad Hafidz melafazkan cerai pada tarikh tersebut kerana berkomunikasi dengan suaminya sebelum itu pada hari yang sama.

Akberdin pada pemeriksaan balas kemudiannya mempersoalkan tindakan Nurul Shuhada yang tidak memasukan hal cerai 22 Januari dalam tuntutannya semasa memfailkan kes cerai di pada 27 Februari lalu.

Nurul Shuhada kemudian menjelaskan, pada ketika itu tiada pengetahuan tentang hukum syarak membuat dia tidak memasukkan perkara itu ketika pemfailan kes itu.

Bagaimanapun, Muhammad Hafidz kemudian mengaku melafazkan cerai pada defendan talak satu menerusi panggilan telefon ketika berada di Shah Alam pada 22 Februari tahun ini, dalam keadaan sihat dan waras, sementara Nurul Shuhada pada prosiding sama memaklumkan dia berada di rumah ibu bapanya di Perlis.
Keputusan cerai Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, 27 Julai – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya