PUTRAJAYA: Pelarasan pencen tahunan sebanyak dua peratus secara kadar rata atau `flat rate’ sejak Januari 2013 kurang memberi manfaat kepada pesara kakitangan awam dan bertentangan dengan peruntukan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim membatalkan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 dan mengembalikan pemakaian Akta Pelarasan Pencen 1980. Turut bersidang Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Hakim-Hakim Mahkamah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya