KOTA KINABALU: Melihat penat lelah ayah bekerja keras di kilang sawit bagi menampung perbelanjaan sekolah mereka empat beradik membuatkan Farzana Nur Haziyah Daud nekad untuk mengubah nasib keluarga dengan m,enjadi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari Sekolah Menengah (SM) Islamiah Tawau itu berkata, kemiskinan hidup membuatkan dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga. “Faktor utama saya mahu belajar bersungguh-sungguh sebab mahu membanggakan kedua ibu bapa saya yang tidak mendapat pendidikan tinggi. Jadi, saya berusaha bersungguh-sungguh supaya boleh mengubah nasib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya