Kekasih baharu Sharifah Sakinah rupanya Mat Salleh juga

Kekasih baharu Sharifah Sakinah rupanya Mat Salleh juga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA, Cik Bunga ada juga dengar-dengar khabar yang pelakon wanita yang seorang ini sudah ada teman lelaki. Iyalah, selepas hampir setahun bercerai, nampaknya Sakinah adalah antara wanita yang mudah move on bak kata orang.

Mungkin hati Sakinah pun sudah begitu tabah sementelah sudah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga dan dia pun enggan terlalu berlama-lama berselubung dengan kesedihan.

Bila Cik Bunga dengar dia sudah ada pengganti yang baru, jujurnya kita pun tumpang gembira juga. Dengarnya, kekasih baru Sakinah ini pun Mat Salleh juga macam bekas suami terdahulu.
Orangnya tampan juga, dan khabarnya menetap di Bali, Indonesia. Kalau tak silap, kekasihnya itu merupakan seorang usahawan. Cuma tak pastilah pula usahawan apa.

Namun, apa yang Cik Bunga dengar, kekasih barunya itu betul-betul menjaga dan mengasihi Sakinah dengan apa adanya. Makna kata, dia boleh menerima Sakinah seadanya dan boleh melayan ‘kepala gila’ pelakon itu sebagaimana yang orang tahu.

Cuma, kalau ditanya, Cik Bunga rasa usahlah Sakinah terburu-buru untuk menerjah ke alam perkahwinan lagi. Kali ini, mungkin perlu lebih lama sedikit mengenali hati budi supaya kali ini bahagia itu kekal sampai bila-bila.

Apa pun, kita doakan yang terbaiklah untuk Sakinah. Moga takdir bahagia dapat diraihnya bersama pasangan pilihannya itu. Amin…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya