Kehadiran penuh ke sekolah, 30 murid Orang Asli etnik Jahut

Kehadiran penuh ke sekolah, 30 murid Orang Asli etnik Jahut terima hadiah cabutan bertuah basikal

KU MOHD HANIFF Ku Ahmad (berdiri belakang, tengah) dan Abd Manaf Mat (kanan) bersama penerima hadiah kehadiran penuh bulan Mei di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 30 orang murid Orang Asli etnik Jahut, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kiol, Jerantut yang hadir penuh ke sekolah pada bulan Mei telah menerima pelbagai hadiah termasuk cabutan bertuah basikal di sekolah tersebut baru-baru ini.
Guru Besar SK Sungai Kiol, Abd Manaf Mat berkata, hadiah galakan itu disumbangkan berasaskan peratusan kehadiran murid Orang Asli sekolah itu bagi bulan Mei tahun ini mencapai 94.13 peratus sekali gus meletakkan di kedudukan ketiga dari 39 buah Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) di Pahang.

“Program ini bertambah meriah dan penuh keterujaan warga sekolah ini apabila Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli Jerantut, Ku Mohd Haniff Ku Ahmad yang hadir menyampaikan hadiah kehadiran penuh dan pemenang cabutan bertuah kepada murid di sini,” katanya di Kampung Sungai Kiol, Jerantut baru-baru ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya