Kawasan hutan bukit terbakar di Semanggol - Utusan Malaysia

Kawasan hutan bukit terbakar di Semanggol

KEADAAN kebakaran di kawasan hutan bukit di Semanggol di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seluas kira-kira lima ekar hutan bukit di Jalan Kubu Gajah, Semanggol di sini terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada pukul 4.36 petang.

“Sebaik sahaja menerima maklumat, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai segera menuju ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Mengikut maklumat, kebakaran pada peringkat awal hanya berkeluasan sekitar 100 meter persegi namun api merebak hingga seluas lima ekar.

“Anggota dari BBP Kamunting turut membantu memadamkan kebakaran dan operasi memadam masih dijalankan bagi memastikan api benar-benar telah terpadam bagi mencegah merebak ke kawasan yang lebih luas.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang nyawa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka ketika negara berada dalam musim monsun Barat Daya yang bermula pada 15 Mei dan dijangkakan berakhir pada pertengahan September ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya