Kawal bot RC untuk terapi jiwa - Utusan Malaysia

Kawal bot RC untuk terapi jiwa

SYAFIEE Mohamad beraksi bersama koleksi bot RC miliknya di Tasik Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Siapa sangka bot kawalan jauh (RC) mampu memecut me­lebihi 100 kilometer sejam (km/j) dan memukau setiap mata yang memandang jentera kecil itu beraksi.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, peminat bot RC, Syafiee Mohamad, 38, berkata, bot RC mempunyai keunikan tersendiri berbanding model-model RC lain seperti kapal terbang dan kereta.

Katanya, mengendalikan bot RC secara santai memberikan ketenangan jiwa selain menjadi me­dan untuk menguji pres­tasi jentera yang telah dinaik taraf.

“Saya bermain bot RC sejak 18 tahun lalu selepas tertarik dengan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak yang menjadikan bot buatan sendiri sebagai hobi mereka. Bermula dari situ saya membeli bot RC yang pertama dan terus jatuh cinta dengan hobi ini.

“Harga bot RC bergantung kepada kategori, spesifikasi dan model yang mana harga bermula bawah RM100 sehingga mencecah ribuan ringgit sebuah. Walaupun harga agak mahal tetapi kos penyelenggaraan adalah rendah kerana bot tidak mempunyai banyak komponen seperti kereta RC.

“Kuasa yang dihasilkan juga sangat meng­ujakan saya di sebalik saiznya yang kecil. Bot ini mampu memecut sehingga 25 km/j sehingga 200 km/j mengikut jenis motor yang digunakan,” katanya.

Tambah Syafiee, dia pernah menyertai pertandingan bot RC sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka pada 2016 dalam dua kategori iaitu mono local dan catamaran.

Menurutnya, dia berjaya mendapat tempat kedua untuk mono local dan ketiga bagi kategori catamaran walaupun diberi cabaran sengit peserta tempatan dan luar negara seperti Brunei, Vietnam dan Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya