Kapal TLDM sedang dibaiki terbakar - Utusan Malaysia

Kapal TLDM sedang dibaiki terbakar

KAPAL KD Laksamana Muhammad Amin yang sedang dibaiki mengalami kebakaran di limbungan di Kampung Acheh, Sitiawan hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang dibaiki di sebuah limbungan di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, terbakar pagi tadi.

Kebakaran Kapal Diraja (KD) Laksamana Muhammad Amin itu didapati berlaku di bahagian bilik penyimpanan peluru.

Bagaimanapun, tiada peluru yang disimpan dalam bilik tersebut ketika kejadian berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.03 pagi.

“Berikutan itu, sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan diketuai Ketuanya, Mohd Azizi Zakaria, dibantu BBP Seri Manjung, bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran bilik itu dianggarkan kira-kira 10 peratus dalam kapal yang bersaiz kira-kira 50 meter x 10 meter tersebut.

Beliau memaklumkan, tindakan pemadaman telah dilakukan oleh Pasukan Tindakbalas Kecemasan (ERT) Pelabuhan Lumut.

Jelasnya, pasukan bomba kemudian melakukan kerja-kerja pemadaman susulan dan api berjaya dikawal pada pukul 10.25 pagi manakala kebakaran dipadam sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, ketika ini pasukan bomba melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi mengeluarkan asap dan udara panas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya