Kanak-kanak perempuan warga Myanmar dieksploitasi diselamatkan Jabatan Imigresen  - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan warga Myanmar dieksploitasi diselamatkan Jabatan Imigresen 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Jabatan Imigresen menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar dipercayai dieksploitasi bekerja sebagai jurujual barangan runcit menerusi serbuan di  Kampung Datuk Abu Bakar Baginda di sini semalam.

Kanak-kanak tersebut diselamatkan Unit Risik Operasi Bahagian Pencegahan Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram(AMLA) bersama Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Jabatan Imigresen menerusi kenyataan memaklumkan, operasi dijalankan melibatkan mangsa berusia 15 tahun yang merupakan pemegang kad pelarian UNHCR sebuah premis perniagaan runcit.

“Siasatan awal mendapati mangsa diupah bekerja di premis tersebut oleh majikannya,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, operasi dijalankan hasil daripada aduan orang awam.

“Majikan mangsa berusia 47 tahun merupakan seorang warga tempatan turut dipanggil untuk diambil keterangan.

“Imigresen sentiasa mengalu-alukan sebarang aduan untuk disalurkan berkaitan aktiviti pemerdagangan orang,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya