JPS Kerian mohon pembenihan awan di Empangan Bukit Merah - Utusan Malaysia

JPS Kerian mohon pembenihan awan di Empangan Bukit Merah

KEADAAN Kolam Empangan Bukit Merah di Bagan Serai yang surut sehingga menampakkan tunggul kayu di dasarnya ketika tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini. - UTUSAN/WAT KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian sudah membuat permohonan operasi pembenihan awan dilakukan di kawasan sekitar Empangan Bukit Merah di sini berikutan aras air di  empangan itu menunjukkan berlaku penyusutan disebabkan cuaca panas.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, berdasarkan ramalan 14 hari berikutnya, empangan itu menunjukkan trend penurunan.

“Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), diramalkan hujan kurang berlaku di kawasan tadahan kolam itu.

“JPS Kerian telah buat permohonan untuk perlaksanaan operasi pembenihan awan kepada kerajaan negeri melalui surat bertarikh 1 Jun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, namun status semasa paras air menunjukkan berlakunya peningkatan paras air di empangan itu hari ini.

“Semalam, status paras air di empangan itu berada pada 22 kaki (6.706 meter) dengan baki storan 14.72 juta meter padu.

“Namun pagi ini, aras merekodkan paras air Empangan Bukit Merah meningkat kepada 22.85 kaki (6.965 meter) dengan storan 18.70 juta meter padu,” katanya.

Menurutnya, penambahan itu menunjukkan paras air di empangan itu kembali kepada status Aras Kritikal Pengairan Tahap 1 .

“Ini bermaksud, catuan pengairan dilaksanakan di kawasan Kerian namun tiada gangguan terhadap operasi bekalan air domestik,” katanya.

Pada 1 Jun lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai keadaan Empangan Bukit Merah yang berlaku penyusutan aras air sehingga menampakkan tunggul kayu di dasarnya.

Tinjauan yang dibuat dari pelantar nelayan darat di Kampung Selamat berdekat kolam tersebut menunjukkan kawasan dari pelantar itu kering sejauh lebih 700 meter ke tengah empangan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya