JPN sahkan dua pegawai ditahan SPRM disyaki terlibat sindiket pengeluaran sijil lahir, MyKid

JPN sahkan dua pegawai ditahan SPRM disyaki terlibat sindiket pengeluaran sijil lahir, MyKid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan penahanan dua orang pegawai jabatan itu oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.

Menurut Ketua Pengarahnya, Zamri Misman berkata, penahanan ini adalah hasil kerjasama strategik apabila JPN berkongsi hasil risikan dalaman yang dilakukan kepada SPRM sekali gus membawa kepada penahanan tersebut.

Tegas beliau, jabatan tersebut akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM bagi melengkapkan siasatan.

“JPN sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku kakitangan jabatan yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

“JPN tidak akan melindungi mana-mana kakitangan yang didapati terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamri berkata, tindakan dan hukuman setimpal akan dikenakan sekiranya pegawai yang ditangkap dibuktikan bersalah.

Jelas beliau, JPN sentiasa serius dan komited memastikan tiada pelanggaran integriti seumpamanya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.

Malah, katanya, siasatan peringkat dalaman secara berkala dan kerjasama berterusan dengan agensi-agensi penguat kuasa lain juga merupakan usaha tidak berbelah bahagi jabatan ini demi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya