JPJ akan panggil pemilik McLaren - Utusan Malaysia

JPJ akan panggil pemilik McLaren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memanggil pemilik kenderaan mewah didakwa mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, pihaknya akan mengarahkan notis panggilan temu siasat dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan.

“Kita sudah buat semakan di aplikasi MySikap dan mendapati nombor pendaftaran McLaren itu tidak sama dengan pemiliknya di MySikap.

“Saman masih belum dikeluarkan dan semua ini masih dalam proses siasatan. Kita sudah keluarkan notis temu siasat kepada pemilik kereta tersebut,” katanya dalam sidang akhbar Op Pemandu Warga Asing di ibu pejabat JPJ WPKL di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular suami pelakon mempamerkan nombor pendaftaran ‘QPA 1’ pada kenderaan McLaren dikatakan miliknya sehingga menimbulkan syak wasangka orang ramai.

Lelaki itu turut mendakwa hanya menggunakan nombor pendaftaran yang tular berkenaan untuk tujuan mengambil foto kenangan bersama isterinya dan tidak digunakan di atas jalan raya.

Erick berkata, itu merupakan satu kesalahan bagi pengguna jalan raya menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain.

“Dari segi ubah suai kenderaan pula, semuanya perlu melalui proses siasatan dahulu sebelum tindakan (saman) dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya