JPA lanjutkan tajaan program perubatan, pergigian, farmasi

JPA lanjutkan tajaan program perubatan, pergigian, farmasi

MALAYSIA perlu segera mengatasi isu tenaga pakar enggan pulang berkhidmat di negara ini bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pakar asing. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melanjutkan tempoh tawaran program penajaan bidang perubatan, Pergigian dan Farmasi pada tahun ini.

JPA dalam kenyataan berkata, ia melibatkan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dari 3 hingga 7 Julai depan.

Selain itu, Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) bagi pelajar lepasan SPM 2022 dilanjutkan sehingga 23 Jun ini.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh dirujuk di laman web esilav2.jpa.gov.my,” katanya hari ini.

Pada 11 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah JPA akan diteruskan.

Kata beliau, keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor tersebut dalam negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN