JOHOR BAHRU: Kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang negara jiran menjadikan bandar raya ini sebagai ‘syurga’ kepada rakyat Singapura untuk berbelanja terutama membeli barang keperluan harian. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa premis perniagaan di sekitar bandar raya ini mendapati, hampir separuh daripada pengunjung adalah warga asing dengan majoritinya dari Singapura. Seorang warga Singapura, Yeo Yuk Chye, 57, mengakui kerap berkunjung ke bandar raya ini bersama-sama keluarganya untuk berbelanja, terutama pada hujung minggu atau hari cuti. “Johor Bahru menawarkan pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan perkhidmatan seperti spa serta rekreasi. Semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya