Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad - Utusan Malaysia

Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

JENAZAH salah seorang daripada tiga beranak diusung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Manir, Kuala Terengganu, sebentar tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jenazah tiga beranak yang maut akibat kemalangan di Kilometer 267.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, dekat Kemaman, semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, sebentar tadi.

Jenazah pasangan Mohd. Ridzuan Mohd. Yaacob, 35, dan Zahidah Hanisah Mohamad, 35, dan anak bongsu, Raudhatul Khayra, 3, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Manir, di sini, pada pukul 7.30 malam.

Terdahulu, jenazah tiga beranak terbabit tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Teluk Pasu  untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan pukul 5.20 petang.

Dalam kemalangan pukul 4 petang semalam, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Sekati dari Kuantan, Pahang.

Setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Saga dinaiki mereka termasuk anak sulung, Muhamad Uwais Wafiuddin, 8, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang kiri jalan.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terseret ke kanan lebuhraya sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik sehinggakan keempat-empat mangsa tercampak keluar.

Mohd. Ridzuan dan isterinya yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Tembah, Paka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Raudhatul Khayra pula menghembuskan nafas terakhir 9.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan manakala Muhamad Uwais Wafiuddin masih dirawat di hospital sama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya