Jejambat Wakaf Bharu RM97.6 juta dibuka secara rasmi 

Jejambat Wakaf Bharu RM97.6 juta dibuka secara rasmi 

ALEXANDER Nanta Linggi (dua kanan) bersama Ahmad Yakob (kiri) ketika merasmikan pembukaan jejambat di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT : Jejambat dari arah Kota Bharu merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor yang bernilai RM97.6 juta dibuka kepada orang ramai bermula semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata,  projek ini dilaksanakan bagi menyuraikan trafik di sekitar bulatan Wakaf Bharu yang mengalami kesesakan lalu lintas terutama waktu puncak sebelah pagi dan petang serta musim perayaan.

Katanya, keistimewaan projek ini adalah merupakan projek rintis bagi pelaksanaan projek jalan secara Building Information Modelling (BIM) dalam pembinaan projek jalan dan jambatan.

“Kos asal  projek ini berjumlah RM105.5 juta tetapi apabila kita menggunakan kaedah BIM dan sebagainya dapat penjimatan  sebanyak RM7.9 juta, ia siap dibina dengan kos RM97.6 juta.

“Projek ini telah dilaksanakan secara reka dan bina yang berjaya meningkatkan tahap keupayaan jalan dari tahap F ke tahap C iaitu membawa maksud kelancaran trafik berjaya ditingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Pembinaan Flyover Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor, semalam.

Menurut beliau, projek itu melibatkan jejambat jalan berkembar empat lorong melintasi bulatan Wakaf Bharu (Kota Bharu -Pengkalan Kubor) sepanjang 470 meter, pelebaran dua jambatan sedia ada iaitu jambatan atas rel  sepanjang 26.2 meter dan jambatan Alor  Kedemit sepanjang 25 meter dan  menaiktaraf  bulatan Wakaf Bharu sedia ada kepada persimpangan  berlampu isyarat.

Projek jejambat  dari arah Kota Bharu merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor  bermula pada 19 Februari 2018 dan siap pada 15 Jun 2023.

Sementara itu seorang pengguna jalan raya, Mazlan Abdullah, 58, berkata, dengan siapnya jejambat ini, ia memberi kelegaan kepada penduduk Tumpat yang berdepan masalah kesesakan jalan raya waktu pagi dan petang setiap kali untuk ke tempat kerja di Kota Bharu.

“Sekarang ini lalu lintas lancar, terima kasih kerajaan kerana menyiapkan projek ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya