Jasad belum ditemukan, Muhammad Hawari tetap diberi sijil capai puncak Everest

Jasad belum ditemukan, Muhammad Hawari tetap diberi sijil capai puncak Everest

TANGKAP layar sijil takluk Everest dikongsi ME2023 menerusi laman sosial rasmi kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRJAYA: Biarpun jasadnya masih gagal ditemukan sehingga kini, namun kejayaan Muhammad Hawari Hashim menakluk puncak tertinggi dunia pada 18 Mei lalu tetap diiktiraf.

Hari ini, pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) itu menerima sijil pengiktirafan menandakan dia berjaya menawan puncak Gunung Everest itu.

Sijil bertarikh 19 Jun 2023 itu dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Penerbangan Awam Nepal, hari ini sebelum dikongsi menerusi laman sosial rasmi ME2023.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehari sebelum itu pada pukul 3.30 petang waktu Nepal, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.

Sekretriat ME2023 pada Jumaat lalu memutuskan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari disambung semula tahun depan.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak dilaporkan berkata, SAR itu dijangka disambung pada musim pendakian 2024, namun ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak berkaitan.

Katanya, status Muhammad Hawari kini diletakkan sebagai ‘orang hilang’ kerana jasadnya masih belum ditemukan sehingga kini.

Misi pendakian ME2023 ini dikendalikan oleh syarikat Pioneer Adventure yang berpusat di Nepal dengan menyediakan tenaga malim gunung, logistik, dan makanan sepanjang misi ke puncak Everest.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya