Isu penjualan Kidzania Singapore oleh Khazanah dibincang - Anwar

Isu penjualan Kidzania Singapore oleh Khazanah dibincang – Anwar

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Isu penjualan Kidzania Singapore pada harga tidak masuk akal oleh sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) akan dibincangkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengadakan mesyuarat dan pertemuan dengan Khazanah bagi membincangkan lanjut isu penjualan itu.

“Yang (perkara) itu kita mesyuarat dulu,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Khazanah dikatakan menjual Kidzania Singapore pada harga tidak masuk akal kepada pengendali taman tema, Sim Leisure Group baru-baru ini pada harga tidak masuk akal iaitu SG$110,000 (RM379,398).

Difahamkan, Khazanah dan Boustead Holdings Bhd melancarkan Kidzania di Singapura pada 2016 dengan suntikan modal SG$48 juta (RM165.52 juta) ke dalam projek itu.

Bagaimanapun, pengurusan buruk taman tema itu oleh Khazanah menyaksikan ia merekodkan pendapatan SG$15 juta (RM51.73 juta) dan kerugian selepas cukai SG$8.3 juta (RM28.63 juta).

Singapore Business Times memaklumkan, Kidzania Singapore juga berhutang SG$53.4 juta (RM184.17 juta) kepada pemiutang, dengan sebanyak 93 peratus hutang terhutang kepada Theme Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd (TARH), anak syarikat Khazanah.

Khazanah sebelum ini turut dilaporkan menjual Iskandar Malaysia Studios (IMS) pada harga yang rendah.

Terdahulu, Anwar menyertai lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini.

Anwar yang lengkap berbaju Melayu warna biru muda mendengar khutbah bertajuk ‘Ibadah Korban Simbol Ketaatan Kepada Allah’ yang disampaikan Imam 1, Masjid Raja Haji Sabilillah, Ustaz Muhammad Ali Mohd Yunus.

Selepas menunaikan solat Jumaat yang Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman dan berbual ringkas dengan jemaah, sebelum beredar.

Terdahulu, Anwar beramah mesra bersama rakyat dan makan tengah hari di Foodcourt Sports Arena, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya